Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tindakan pantas dua penghuni lelaki menyelamatkan Rumah Panjang Tang Nanga Banyau Balleh, Kapit daripada terbakar. Foto JBPM

Tindakan pantas dua penghuni selamatkan rumah panjang

KAPIT, 2 Sept: Tindakan pantas dua penghuni berjaya menyelamatkan Rumah Panjang Tang Nanga Banyau Balleh di sini daripada terbakar hari ini.

Kedua-dua mereka yang berusia 29 dan 32 tahun itu bertindak memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api selepas menyedari berlalu kebakaran disebabkan litar pintas di salah sebuah bilik rumah panjang berkenaan.

Komander Operasi Timoty Barat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 2.22 petang dengan menggerakkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kebakaran berlaku di tingkat atas sebuah bilik.

“Kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan oleh penghuni rumah panjang menggunakan dua unit alat pemadam api jenis debu kering sebelum pasukan bomba tiba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba bertindak menggunakan PPE dan membuat pemeriksaan serta memastikan tiada sisa bara api yang boleh menyebabkan kebakaran berulang.

“Anggaran bilik yang terbakar adalah satu peratus di bahagian dinding rumah.

“Kebakaran berpunca dari litar pintas,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan