Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang maut manakala lima yang lain cedera dalam insiden tembakan di sebuah hospital di Pennsylvania, Amerika Syarikat pada Sabtu. Foto hiasan Envato

4 maut, 2 cedera dalam insiden tembakan di Hawaii

ByBernama

LOS ANGELES, 2 Sept: Satu insiden tembakan di Honolulu County, Hawaii pada Sabtu malam mengorbankan empat orang termasuk suspek manakala dua lagi cedera, menurut pihak berkuasa pada Ahad.

“Tiga individu, termasuk suspek, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Beberapa mangsa lain yang cedera telah dibawa ke hospital,” kata Jabatan Polis Honolulu dalam satu hantaran di Facebook, lapor Xinhua.

Jabatan itu dalam kemas kini kemudian mengesahkan seorang daripada mangsa yang cedera meninggal dunia di hospital manakala dua lagi masih menerima rawatan.

Menurut Jabatan Polis Honolulu, pihaknya bergegas ke kawasan Waianae Valley selepas dimaklumkan mengenai insiden pada 11.15 malam waktu tempatan.

Jabatan itu masih menyiasat insiden berkenaan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan