Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mendigitalkan 20 manuskrip Melayu koleksi School of Oriental and African Studies (SOAS) University of London. Foto UniSZA

UniSZA hasilkan pendigitalan manuskrip Melayu koleksi SOAS University of London

ByBernama

KUALA NERUS, 1 Sept: Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah mendigitalkan 20 manuskrip Melayu koleksi School of Oriental and African Studies (SOAS) University of London.

Naib Canselor UniSZA Prof Datuk Dr Fadzli Adam berkata ketika ini, kerja-kerja pendiskripsian yang memfokus kepada isi kandungan manuskrip sedang rancak dijalankan melalui Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE) UniSZA.

“UniSZA akan mendigitalkan kesemua manuskrip Melayu simpanan SOAS dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Penghasilan manuskrip itu hasil perjanjian persefahaman (MoU) kedua-dua pihak pada 10 Mei tahun lepas, menjadikan UniSZA sebagai universiti pertama di Malaysia terpilih menghasilkan manuskrip Melayu koleksi SOAS.

Dalam pada itu, Fadzli berkata selain pendigitalan koleksi manuskrip Melayu, UniSZA turut berhasrat meluaskan kerjasama dalam bidang manuskrip Islam pada masa depan.

“Selain menjadi universiti pertama membuat pendigitalan manuskrip Melayu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) juga mengharapkan UniSZA muncul sebagai Pusat Rujukan Digital Melayu di peringkat nasional suatu hari nanti,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan