Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga lagi kes mpox telah dikesan berlaku pada Sabtu di timur Afrika, menjadikan jumlah kes penyakit mudah berjangkit itu kepada lima kes. Foto AFP

Tiga kes baharu Mpox di Uganda

ByBernama

KAMPALA, 1 Sept: Tiga lagi kes mpox telah dikesan berlaku pada Sabtu di timur Afrika, menjadikan jumlah kes penyakit mudah berjangkit itu kepada lima kes.

Menurut Pengarah Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Uganda, Daniel Kyabayinze, kes tersebut masing-masing dikesan di Bandar Elegu, Daerah Amuru, utara negara ini; Mayuge sebuah daerah di timur Uganda dan berjiran dengan sempadan Sudan Selatan dan Kawaala, sebuah kejiranan dalam Kampala, ibu negara ini,” katanya kepada Xinhua menerusi panggilan telefon.

“Tiga pesakit itu sedang dirawat pada masa ini di Pusat Pengasingan Nasional Entebbe, kira-kira 40 kilometer Selatan Kampala.

“Kami mempunyai lima kes setakat ini di Uganda. Dua sudah pulih dan tidak mengalami jangkitan sekunder,”ujar Kyabayinze.

Terdahulu, petugas Kesihatan Uganda telah mengesan dua kes mpox yang diimport dari negara jiran, Kongo awal bulan ini di daerah barat Uganda, Kasese.

Dua kes positif itu merupakan antara enam disyaki jangkitan di Mpondwe dan Bwera, bandar yang bersempadan dengan Kongo, menurut Kementerian Kesihatan.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan