Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Skuad bola sepak wanita Sabah mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila layak ke AFC Women’s Champions League 2024 susulan kejayaan menewaskan pasukan dari Uzbekistan, PFC Nasaf 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam tadi. Foto FAM (FB)

Prestasi Sabah layak ke AWCL buka lembaran baharu bola sepak wanita negara

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Sept: Skuad bola sepak wanita Sabah yang melakar sejarah meraih slot ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Wanita AFC (AWCL) 2024/25 membuka lembaran baharu arena bola sepak wanita negara.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan menyebut prestasi itu juga dapat memberi inspirasi kepada pemain bola sepak wanita negara untuk lebih menyinar di peringkat antarabangsa.

“FAM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sabah FA atas kejayaan skuad bola sepak wanita Sabah melayakkan diri ke AWCL 2024/25,” menurut kenyataan itu.

Sabah meraih slot ke peringkat kumpulan AWCL apabila muncul juara Kumpulan C pada saingan peringkat awal kejohanan itu dengan mengutip empat mata daripada tiga perlawanan.

Sabah mengutip tiga mata penting malam tadi apabila menewaskan PFC Nasaf dari Uzbekistan dengan jaringan 2-1 di Stadium Likas, manakala satu lagi mata diraih setelah seri tanpa jaringan dengan APF FC (Nepal) pada Khamis lepas.

Dalam pada itu, FAM memaklumkan skuad kendalian Justin Ganai itu diundi dalam Kumpulan A bersama Wuhan Jiangda Women’s FC (China), Hyundai Steel Red Angels (Korea Selatan) dan Abu Dhabi Country Club (UAE) pada aksi peringkat kumpulan yang akan berlangsung dari 6 hingga 12 Okt ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan