Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

KPWKM kaji keperluan pinda Akta Antigangguan Seksual 2022 – Nancy

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 1 Sep: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mengkaji keperluan untuk meminda Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840) bagi penambahbaikan akta berkenaan.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia bagi menangani kes gangguan seksual di tempat kerja termasuk kepada pihak organisasi yang tidak mengambil tindakan sewajarnya kepada pekerja yang melaporkan gangguan anti seksual.

“Undang-undang ini terhadap individu sahaja, tidak kepada organisasi, tetapi jika kita ingin mengenakan kepada organisasi, kita perlu membuat pindaan kepada undang-undang kepada bukti bahawa organisasi tidak melakukan apa-apa untuk kes ini.

“Saya secara peribadinya meminta agar ia boleh diperketatkan demi keadilan mangsa,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Program Jiwa Komuniti Madani Peringkat Parlimen P193 Santubong di Pasaraya Mydin di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai kes gangguan seksual seorang kerani Maybank Cawangan Bercham, Perak oleh pekerja atasannya.

Mengulas mengenai tindakan seterusnya, beliau berkata, pihaknya masih menunggu Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) Perak menghubungi peringkat nasional supaya membenarkan pemangsa ini menggunakan platform yang ada melalui TAGS.

“Kami masih menunggu NUBE di Perak menghubungi national level supaya membenarkan pemangsa untuk ini menggunakan platform ada melalui TAGS.Mangsa sudah membuat laporan polis, ini bermakna beliau bersedia mengambil tindakan jenayah.

“Jadi kami memerlukan proses ini membawa kepada tribunal, jadi ini yang masih berlaku dan kami berharap agar wanita ini boleh datang kepada kami,” katanya lagi

Terdahulu pada Rabu (28 Ogos) tular video, kira-kira 100 ahli NUBE melakukan piket hadapan Maybank Cawangan Bercham, bagi memprotes tindakan syarikat itu dalam mengendalikan kes gangguan seksual membabitkan pekerjanya.

Kes difahamkan berlaku sekitar 2021, terhadap seorang kerani wanita dan pekerja atasannya dan difahamkan mangsa membuat aduan rasmi kepada bank, melaporkan bahawa penyelianya menghantar mesej yang bersifat seksual dan tidak senonoh kepada mangsa melalui aplikasi WhatsApp.

NUBE dalam laporan akhbar tempatan mendakwa bahawa pada 20 Ogos lalu, mangsa enggan menghadiri siasatan yang diatur pihak atasan bank dan menegaskan bahawa perkara ini perlu diselesaikan di peringkat nasional.

Sebagai tindak balas, mangsa digantung tugas selepas melaporkan isu tersebut kepada pihak pengurusan bank. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan