SERIAN, 1 Sept: Sebuah kenderaan jenis Proton Persona terbakar di hadapan Supermarket Unaco di sini, pagi semalam.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu pada jam 11.30 pagi.
“Setibanya pihak bomba di lokasi kejadian, api sedang marak pada bahagian enjin kenderaan berkenaan.
“Tiada kemalangan jiwa berlaku,” katanya dalam kenyatan yang dikeluarkan hari ini.
Pihak bomba jelasnya, membuat ‘size-up’ dan terus mengeluarkan satu aliran salur bantu mula, satu pancutan dan air dari tangki jentera untuk mengawal dan memadam kebakaran hingga padam sepenuhnya.
“Kemusnahan di bahagian enjin adalah 100 peratus dan badan kenderaan 30 peratus.
“Pihak bomba menghentikan operasi setelah memastikan keadaan sekeliling benar-benar selamat dan tiada wujud punca api.” – TVS