Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua kapal pengawal pantai milik Filipina dan China saling berlanggar di Laut China Selatan pada Sabtu. Foto AFP

Dua kapal berlanggar di Laut China Selatan

ByBernama

MANILA, 1 Sept: Dua kapal pengawal pantai milik Filipina dan China saling berlanggar di Laut China Selatan pada Sabtu, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Tiada kecederaan dilaporkan dalam pelanggaran di Terubu Sabina,, juga dikenali sebagai Terumbu Escoda di Filipina, yang merupakan insiden kelima antara aset pasukan laut dan udara kedua-dua negara di Laut China Selatan bulan ini.

Namun demikian, Filipina dan China saling tuduh-menuduh dengan masing-masing mendakwa pihak lain melakukan kendalian berbahaya di kawasan yang dipertikaikan.

Jurucakap Pengawal Pantai Filipina Barat, Komodor Jay Tarriela, mendakwa kapal mereka; BRP Teresa Magbanua, mengalami kerosakan yang ketara selepas dilanggar tiga kali oleh kapal pengawal Pantai China pada pagi Sabtu.

“Pengawal Pantai China melakukan kendalian berbahaya walaupun tidak diprovokasi.

“Terdapat lubang yang merupakan hasil daripada pelanggaran langsung yang dilakukan oleh pengawa Pantai China,” katanya.

Kata Tarriela, kapal kendaliannya (Teresa Magbanua) termasuk dua kapal pengawal Pantai China dan dua bot tentera telah dikepung oleh kapal China, semasa ia bergerak di sekitar Terumbu Sabina, yang terletak dalam zon ekonomi eksklusif Filipina.

Manakala menurut pengawal Pantai China, kapal Filipina No. 9701 sengaja melanggar kapal China No. 5205, yang sedang melaksanakan penguatkuasaan undang-undang secara normal dengan cara yang tidak professional dan berbahaya, menyebabkan pelanggaran.

“Tanggungjawab sepenuhnya terletak pada Filipina,” ujarnya yang menyalahkan Filipina atas insiden itu, dalam satu kenyataan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan