Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ribut petir berserta hujan lebat dijangka berlaku dalam tempoh lebih panjang di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak mulai 2 hingga 7 September ini. Foto fail TVS

Ribut petir, hujan lebat diramal di Utara Semenanjung pada 2 hingga 7 Sept

ByBernama

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Ribut petir berserta hujan lebat dijangka berlaku dalam tempoh lebih panjang di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak mulai 2 hingga 7 September ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia berdasarkan analisis model-model cuaca yang menyaksikan penumpuan angin dijangka berlaku di utara Semenanjung dalam tempoh berkenaan.

“Sementara itu, di negeri-negeri lain, cuaca ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang masih berpotensi berlaku sepanjang minggu ini,” kata kenyataan itu.

Orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan