Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin semasa bergambar dengan peserta. Foto TVS

Peluang peminat motosikal tingkat kemahiran

MIRI, 31 Ogos: Lebih kurang 3,000 peminat motosikal menyertai Program Miri Bike Week Ulangtahun ke-11 .

Peserta datang dari Sarawak, Sabah, Labuan dan Brunei Darussalam.

Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin berkata, program tersebut bukan sahaja dapat mempromosikan Bandar raya Miri tetapi memberi peluang kepada peminat motosikal bertukar pendapat mengenai hobi mereka.

“Ini memberi peluang kepada peminat motosikal melihat dan bertukar fikiran terutama dalam meningkatkan kemahiran dari segi kesalamatan dan mekanikal,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Program Miri Bike Week Ulangtahun ke-11 di sini pada Sabtu.

Kim Shin turut berharap Lebuh Raya Pan Borneo akan menarik lebih ramai peserta untuk memeriahkan program tersebut pada masa akan datang.

“Saya berharap penunggang motosikal sentiasa mematuhi undang-undang ketika berada di jalan raya,” ujarnya.

Program tersebut berlangsung tiga hari dari 30 Ogos hingga 1 September.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan