Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India menangguhkan operasi pencarian mereka di Loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam pada Khamis. Foto Bernama

Tanah jerlus: Pasukan SAR di IWK teruskan pencarian mangsa

ByBernama

KUALA LUMPUR 30 Ogos: Pasukan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) di Loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam di sini sedang bersiap sedia untuk meneruskan operasi mencari mangsa tanah jerlus yang berlaku di Jalan Masjid India, 23 Ogos lepas.

Sejurus tiba 8.40 pagi tadi, pasukan terdiri daripada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta petugas IWK dilihat mengadakan perbincangan dipercayai mengenai operasi hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati 10 anggota bomba berserta sebuah jentera ‘Fire Rescue Tender’ (FRT) dan van JBPM berada di lokasi.

Mangsa yang merupakan pelancong dari Kuppam, Andhra Pradesh dikenali sebagai G. Vijaya Lakshmi, 48, hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter susulan insiden berkenaan pada 8.22 pagi.

Beliau yang berada di negara ini bersama keluarga sedang berjalan kaki di kawasan itu untuk ke sebuah kuil berhampiran sebelum kejadian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan