Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia adalah sebuah keluarga besar yang menjaga kepentingan semua rakyat pelbagai kaum dan agama.

‘Malaysia sebuah keluarga besar’

ByConnie Grace

KUCHING, 30 Ogos: Malaysia adalah sebuah keluarga besar yang menjaga kepentingan semua rakyat pelbagai kaum dan agama, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, ini adalah sejajar dengan semangat setia kawan para pemimpin terdahulu yang telah berjuang untuk memerdekakan Malaysia daripada kuasa asing.

“Di Malaya pada 1957 para pemimpin Melayu, India dan Cina telah bergabung tenaga untuk menuntut kemerdekaan daripada pihak British.

“Di Sarawak pula, para pemimpin Dayak, Cina dan Melayu telah berganding bahu untuk membebaskan Sarawak daripada pentadbiran British,” katanya menerusi perutusan sempena Hari Kebangsaan 2024.

Sehubungan itu, sempena Hari Kebangsaan, beliau mengajak rakyat merenung sejenak dan menelusuri rentetan peristiwa-peristiwa penting yang telah membebaskan wilayah-wilayah negara ini daripada belenggu penjajahan yang bermula daripada tarikh tersebut dan berakhir dengan pembentukan Malaysia pada 1963.

Abang Johari berkata, Malaysia juga boleh diibaratkan sebagai sebuah keluarga besar yang menjaga kepentingan wilayah-wilayahnya di tengah-tengah kancah serantau dan antarabangsa untuk mengwujudkan suasana kondusif kepada pembangunan ekonomi di wilayah-wilayah tersebut.

Pada tahun ini, tema “Malaysia Madani: Jiwa Merdeka” telah diangkat sebagai tema rasmi bagi sambutan Hari Kebangsaan ke-67 dan Hari Malaysia.

Beliau berkata tema ini mengajak rakyat menghayati erti sebenar kemerdekaan dan kebebasan sebagai rakyat sebuah negara yang berdaulat dan merdeka.

Jelasnya, wilayah Sarawak yang bebas daripada kuasa asing enam tahun kemudian telah melalui pelbagai saat getir yang tersisip dalam lipatan sejarah ketika meraih kemerdekaan dari pihak British termasuklah fasa-fasa rundingan dan referendum yang disusuli oleh penyerahan kuasa untuk mentadbir Sarawak kepada anak Sarawak sendiri pada 22 Julai, 1963.

“Sepanjang 61 tahun menyertai pembentukan Malaysia, Sarawak terus melangkah maju dan berdaya saing dalam pelbagai bidang bagi mengukuhkan dan seterusnya mentransformasikan ekonomi Sarawak ketika dunia berada dalam persimpangan untuk mula beralih kepada tenaga bersih dalam usaha menangani perubahan iklim,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan