Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024 sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Foto Bernama

Kerajaan sedia pinda undang-undang tangani hasutan perkauman

ByBernama

PUTRAJAYA, 30 Ogos: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak teragak-agak untuk meminda dan menambah peruntukan undang-undang bagi menangani isu hasutan perkauman.

Beliau berkata adalah menjadi tugas kerajaan untuk menyelamatkan negara daripada hasutan kelompok kecil yang cuba mencetuskan keganasan, kebencian dan permusuhan antara satu sama lain.

“Andai kata ada mana-mana kelompok kecil yang bawa hasutan kaum ke arah keganasan dan kebencian serta permusuhan antara satu sama lain, saya tidak peduli apakah disenangi oleh media antarabangsa atau negara luar. Tugas kita ialah selamatkan negara Malaysia tercinta ini.

“Kalau tidak cukup segala kuasa dan kekuatan yang ada, kita pinda, tambah peruntukan undang-undang dan kita ambil tindakan supaya negara ini selamat dan ia dapat diangkat sebagai negara hebat di rantau dan di dunia ini,” katanya dalam Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024 di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian di hadapan kira-kira 7,000 tetamu daripada pelbagai agensi termasuk penjawat awam, warga pendidik, majlis perwakilan pelajar, pesara polis dan badan bukan kerajaan.

Majlis anjuran Kementerian Perpaduan Negara selaku kementerian peneraju itu dihadiri oleh Menteri Kabinet, jentera perpaduan seperti Kawasan Rukun Tetangga, ahli Sekretariat Rukun Negara, ahli Kelab Rukun Negara, pertubuhan bukan kerajaan, agensi swasta dan orang awam.

Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini disambut di Dataran Putrajaya dengan tema ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka.’ – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan