Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Satu majlis ringkas penyerahan barangan milik Allahyarham berupa pakaian, beg, buku dan pelbagai barangan peribadi diadakan di Bangunan Canselori, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI di Tanjung Malim pagi tadi oleh Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff kepada pihak Pos Malaysia. Foto Naib Canselor UPSI (FB)

Pos Malaysia hantar pulang barangan peribadi Nur Farah Kartini ke Sarawak

ByBernama

IPOH, 29 Ogos: Pos Malaysia mengambil inisiatif menghantar barangan milik bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah ke kampung halamannya di Sarawak.

Satu majlis ringkas penyerahan barangan milik Allahyarham berupa pakaian, beg, buku dan pelbagai barangan peribadi diadakan di Bangunan Canselori, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI di Tanjung Malim pagi tadi oleh Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff kepada pihak Pos Malaysia.

Pengurus Besar Pos Malaysia Negeri Perak Noorzuriha Haron Noh Rashid berkata barangan itu dijangka tiba di rumah ibu Allahyarham, Siti Salmah Abdullah di Kampung Lereng Bukit, Miri, Sarawak pada pagi Selasa.

“Bagi pihak Pos Malaysia, kami bersimpati dengan nasib yang menimpa Allahyarham dan keluarganya. Justeru, ini sumbangan kemanusiaan Pos Malaysia buat keluarga Allahyarham,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Md Amin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pos Malaysia yang menggerakkan misi ihsan berkenaan, sekali gus mencerminkan nilai kasih sayang rakyat Malaysia.

Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang pada 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan sebelum mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Selangor kira-kira 6 petang pada 15 Julai. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan