Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat dipercayai seorang pelancong warga Indonesia, Yoga Anggiska yang hilang di Gunung Tabai, di sini berjaya dikeluarkan pada 3.58 petang tadi. Foto, Faitullah Morni (TVS).

Mayat dipercayai warga Indonesia hilang di Gunung Tabai, Bau berjaya dikeluarkan

BAU, 29 Ogos: Mayat dipercayai warga Indonesia, Yoga Anggiska yang hilang di Gunung Tabai, di sini berjaya dikeluarkan pada 3.58 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintendan (DSP) Jawai Francis Kempas berkata, mayat dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

Kata beliau, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) juga akan dilakukan untuk pengesahan identiti.

“Kejadian ini (orang hilang di puncak gunung) hanya diketahui polis selepas menerima maklumat daripada pejabat Konsulat Republik Indonesia di Kuching pada 23 Ogos lepas,” katanya di sini hari ini.

Semalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan di kawasan gunung dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC).

Difahamkan mangsa hilang di gunung berkenaan sejak 13 Ogos lepas. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan