Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang remaja lelaki cedera selepas motosikal ditunggangnya dihempap sebatang pokok yang tumbang di Tebuk Panchor Jalan Ban Pisang di Bagan Serai, malam tadi. Foto JBPM

Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang

ByBernama

IPOH, 28 Ogos: Seorang remaja lelaki cedera selepas motosikal ditunggangnya dihempap sebatang pokok yang tumbang di Tebuk Panchor Jalan Ban Pisang di Bagan Serai, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.55 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai ke lokasi kejadian.

Beliau berkata ketika kejadian, mangsa yang berusia 18 tahun sedang dalam perjalanan menghala ke Bukit Merah.

“Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kepala dan belakang badan dihantar ke Hospital Taiping untuk menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sabarodzi berkata bomba memotong pokok yang tumbang itu dan operasi selesai sepenuhnya pada 12.38 tengah malam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan