Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa meninjau keadaan mendapan tanah yang berlaku di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi hari ini. Foto, Bernama.

Kuala Lumpur selamat, berhati – hati di sekitar Jalan Masjid India – Dr Zaliha

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 Ogos:  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa memberi jaminan bahawa Kuala Lumpur masih selamat kepada orang ramai.

Mengulas mengenai kebimbangan sesetengah pihak susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India Jumaat lepas, beliau bagaimanapun mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika berada di kawasan insiden tanah jerlus itu.

“Macam saya cakap sebelum ini, kita perlu lebih berhati-hati di kawasan Masjid India. Kawasan itu, PDRM pun ambil langkah untuk jaga dan kita tak benarkan orang awam masuk tapi kawasan lain (di Kuala Lumpur) setakat ini masih selamat,” katanya.

Kerajaan akan laksana audit intergriti di Jalan Masjid India – Fadillah

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melawat lokasi mendapan tanah di Jalan Pantai Permai di sini hari ini, yang turut dihadiri Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Mengenai kejadian mendapan tanah di Jalan Pantai Permai, Dr Zaliha berkata DBKL bersama agensi berkaitan akan mengambil tindakan segera untuk memastikan sistem saliran air yang rosak akibat mendapan dapat dibaiki secepat mungkin.

“Kita menjangkakan dapat selesaikan perkara ini dalam tiga minggu tapi yang paling penting adalah penduduk di sekitar perlu menjaga keselamatan diri supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini,” katanya.

Tanah mendap berlaku berdekatan lokasi tanah jerlus

Dr Zaliha dalam pada itu berkata ujian ketahanan terhadap pembetung sedia ada di sekitar Kuala Lumpur yang usang dan sudah berusia lebih 30 tahun perlu dilakukan.

“Untuk perkara ini, kita akan bekerjasama dengan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Indah Water Konsortium serta agensi lain yang berkaitan,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan