Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Program baharu Roots and Remedies bertujuan mendedahkan pengetahuan mengenai amalan dan tradisi pembuatan ubat-ubatan oleh masyarakat zaman dahulu, dengan memanfaatkan bahan-bahan semula jadi yang terdapat di alam sekitar.

Keunikan ubat-ubatan dan rawatan tradisional disingkap dalam siri dokumentari ‘Roots and Remedies’

PROGRAM baharu Roots and Remedies bertujuan mendedahkan pengetahuan mengenai amalan dan tradisi pembuatan ubat-ubatan oleh masyarakat zaman dahulu, dengan memanfaatkan bahan-bahan semula jadi yang terdapat di alam sekitar.

Penerbit bagi program ini, Anthony Joseph anak Hermas Rajiman atau lebih dikenali sebagai Tony Eusoff menjelaskan bahawa fokus utama program ini bukan hanya pada ilmu perubatan dan rawatan tradisional. Sebaliknya, siri ini juga akan memaparkan bagaimana cara hidup sesebuah komuniti dapat mencipta pengetahuan mengenai penghasilan ubat-ubatan secara turun-temurun serta meninjau amalan nenek moyang dari zaman dahulu hingga kini.

“Setiap komuniti mempunyai kaedah tersendiri untuk merawat sesuatu penyakit. Jadi, saya mengambil ilmu pengetahuan dari setiap komuniti kampung berlainan untuk didedahkan kepada masyarakat luar, terutama generasi kini.”

“Sebelum adanya sains moden, pengetahuan perubatan kita sebelum ini agak terhad dan banyak bergantung pada ilmu yang diwarisi dari generasi ke generasi. Kini, dengan kemajuan sains, kita dapat melihat bahawa bahan-bahan semula jadi benar-benar mempunyai manfaat yang besar,” katanya.

Mengulas lanjut, Tony juga berkongsi bahawa keistimewaan program ini secara tidak langsung membantu orang ramai untuk lebih menghargai dan ingin memelihara alam sekitar.

“Banyak hasil hutan sudah hilang, jadi kita sebagai manusia adalah hak dan tanggungjawab kita untuk memelihara tumbuhan yang ada diluar sana untuk mengelakkan daripada pupus.

“Melalui program ini juga, saya belajar tentang tumbuh-tumbuhan lain yang saya tidak pernah tahu seperti Bunga Ta’ang, terkenal dalam kalangan masyarakat Bidayuh yang mempunyai pelbagai kegunaanya terutama dalam amalan perubatan,” ujarnya lagi.

Menurut Tony juga, tradisi lama kini semakin dilupakan. Beliau merasa bertanggungjawab untuk meneruskan dan mengingatkan orang ramai tentang amalan perubatan dan rawatan tradisional yang diwarisi dari generasi terdahulu melalui program ini. 

“Saya amat berharap program ini sedikit sebanyak membantu memberi kesedaran dan membangkitkan rasa ingin tahu kepada generasi kini tentang ilmu perubatan tradisional Sarawak,” tambahnya.

Tonton Roots and Remedies setiap Selasa, jam 6.30 petang di TVS. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan