Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Indonesia Joko Widodo mempengerusikan mesyuarat bagi mengenai wabak Mpox di Istana Merdeka, Jakarta. Foto Biro Pers Istana Presiden

Indonesia perkenal SOP tangani Mpox

ByTVS

JAKARTA, 28 Ogos: Indonesia bakal memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) bagi menangani penularan virus cacar monyet (Mpox), kata presidennya, Joko Widodo.

Menurut beliau, satu jawatankuasa khusus akan membincangkan SOP  berkenaan sebagai langkah pencegahan di Republik berkenaan.

Jokowi menekankan isu virus itu diberi perhatian susulan Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau WHO buat kali kedua mengisytiharkan wabak itu sebagai darurat susulan peningkatan wabak Mpox di wilayah Afrika.

“Saya faham bahawa wabak Mpox membimbangkan dunia dan saya amat memohon adanya usaha dan langkah pencegahan segera dilaksanakan agar virus ini tidak merebak,” katanya.

Antara usaha yang diminta oleh Jokowi adalah agar SOP segera diwujudkan kembali dan disebarkan secara meluas merujuk kepada pengalaman pandemik COVID-19 sebelum ini.

Selain itu, beliau mengarahkan kemeterian berwajib meningkatkan pengawasan kesihatan di pintu masuk antarabangsa dan meminta Kementerian Kesihatan meneruskan saringan di makmal bagi mengesan virus klade 1b.

Sebagai rekod, jumlah keseluruhan kes Mpox yang disahkan di Indonesia sepanjang 2022-2024 ialah 88 kes, sementara tiada kes virus strain clade 1b direkodkan sehingga kini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan