SRI AMAN, 28 Ogos: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman memberkas dua penganggur lelaki kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah syabu di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mathew Manggie berkata, tangkapan kedua-dua suspek berusia 30 dan 31 tahun itu dilakukan pada jam 9.45 pagi.
“Ujian saringan air kencing telah dilakukan terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, kedua-dua suspek ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Suspek ditahan di lokap Balai Polis Sri Aman untuk siasatan selanjutnya,” ujarnya.-TVS