Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua anggota polis dari Unit Pemusnah Bom yang cedera parah dipercayai tertimbus ketika menjalankan tugas pemusnahan bom di Taman Sri Lambak. Foto PDRM

Dua anggota polis tertimbus ketika musnah bom, dalam keadaan stabil

ByBernama

KLUANG, 28 Ogos: Dua anggota polis dari Unit Pemusnah Bom yang cedera parah dipercayai tertimbus ketika menjalankan tugas pemusnahan bom di Taman Sri Lambak di sini semalam, kini berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata kedua-dua anggota itu yang sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) telah dipindahkan ke wad biasa.

Beliau berkata Koperal Abdul Halim Zainal, 39, dilaporkan patah tulang pinggul dan tiga tulang rusuk sebelah kiri, manakala Koperal Muhammad Faruuqi Shamsary, 34, patah tulang peha dan tulang rusuk sebelah kiri.

Bahrin berkata dalam kejadian pada 2.20 petang itu, kedua-dua anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor berkenaan dalam penugasan memusnah bom lama jenis Aerial 500 Lbs 1952 yang ditemui orang awam di lokasi kejadian.

“Namun, ketika kerja-kerja memusnah bom dijalankan, berlaku runtuhan tanah pada dinding lubang di lokasi sehingga menyebabkan kedua-dua mereka tertimbus dan cedera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kerja memusnah bom lama berkenaan akan dilakukan dalam masa terdekat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan