Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pihak bomba membantu membersihkan tumpahan minyak selepas berlaku kemalangan jalan raya di hadapan Taman Rimba, Jalan Setia Raja, Kuching, pagi tadi. Foto JBPM

Bomba bantu bersihkan tumpahan minyak di Jalan Setia Raja

ByAsmah Adenan

KUCHING, 28 Ogos: Pihak bomba membantu membersihkan tumpahan minyak selepas berlaku kemalangan jalan raya di hadapan Taman Rimba, Jalan Setia Raja di sini, pagi tadi.

Komander Operasi, PBK II (KUP) Azrul Seri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu pada jam 10.47 pagi dengan menggerakkan tujuh anggota Bălai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati terdapat tumpahan minyak di atas jalan yang dianggarkan sepanjang 20 meter akibat daripada kemalangan jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba bertindak membersihkan tumpahan minyak menggunakan habuk kayu.

“Operasi ditamatkan sekitar jam 11.18 pagi setelah memastikan tumpahan minyak dibersihkan sepenuhnya dan keadaan kembali selamat untuk pengguna jalan raya yang lain- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan