Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Asap berkepul-kepul di pinggir bandar timur Kota Gaza di Shejaiya berikutan pengeboman Israel pada 22 Jun 2024, Foto, AFP.

Angka kematian di semenanjung Gaza meningkat kepada 40,476, dengan 93,647 cedera

ByBernama

GAZA, 28 Ogos: Pasukan pendudukan Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam yang lepas, mengakibatkan 41 rakyat Palestin terkorban dan mencederakan 113 yang lain, menurut sumber perubatan.

Mereka mengesahkan jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Okt meningkat kepada 40,476 kematian yang dilaporkan, dengan tambahan 93,647 individu mengalami kecederaan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Majoriti mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.

Menurut sumber yang sama, perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat menjangkau ramai mangsa dan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau bergelimpangan di jalan raya di seluruh kawasan konflik kerana pasukan tentera Israel terus menghalang pergerakan ambulans dan kru pertahanan awam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan