Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 75 peserta pelbagai latar belakang mengesahkan penyertaan pada bengkel latihan pengacaraan anjuran Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak.

75 peserta dijangka sertai bengkel latihan pengacara anjuran AZAM Sarawak

ByAsmah Adenan

KUCHING, 28 Ogos: Seramai 75 peserta pelbagai latar belakang mengesahkan penyertaan pada bengkel latihan pengacaraan anjuran Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak.

Bengkel selama dua hari ini bermula esok (29 Ogos 2024).

Bengkel kali pertama itu dianjurkan persatuan berkenaan menampilkan pengacara dan jurulatih berpengalaman, Syerifah Farah.

Menurut AZAM, bengkel tersebut memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran pengucapan awam dan pengacaraan acara.

“Latihan ini bertujuan untuk melengkapkan peserta dengan keyakinan dan teknik yang diperlukan untuk cemerlang sebagai pengacara.

“Melalui acara sebegini, AZAM Sarawak komited untuk membangunkan bakat tempatan dan menyokong pertumbuhan profesional dalam masyarakat,” kata persatuan itu menerusi kenyataan media hari ini.

Bengkel akan diadakan di Wisma SABATI bermula 8 pagi hingga 5 petang.  -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan