Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
kebakaran berkenaan melibatkan sebuah rumah sewa enam pintu jenis struktur tidak kekal berkeluasan 100 kaki x 40 kaki persegi. Foto: PGO Sarawak

Rumah sewa enam pintu di Kampung Tabuan Cemerlang terbakar

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 27 Ogos: Sebuah rumah sewa enam pintu di Kampung Tabuan Cemerlang, Jalan Setia Raja di sini musnah 100 peratus dalam kebakaran pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian pada jam 9.03 pagi.

Menurutnya kebakaran itu melibatkan sebuah rumah sewa enam pintu jenis struktur tidak kekal berkeluasan 100 kaki x 40 kaki persegi.

“Setakat ini tiada melibatkan sebarang mangsa,” katanya.

PGO mendedahkan kerja-kerja pemadaman dilaksanakan BBP Tabuan Jaya, BBP Padungan dengan menggunakan satu aliran 1200 kaki, dua nozel dan menggunakan sumber air dari water tanker.

“Kebakaran berjaya dikawal dan pasukan pemadam berjaya menyelamatkan empat buah rumah berhampiran daripada api yang merebak,” ujarnya.

Kebakaran berjaya dikawal pada 9.27 pagi seterusnya tindakan overhaul dijalankan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan