Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Michael Tiang, Chen Chaochang dan Adam Yii pada upacara menandatangani Perjanjian Bandar Raya Persahabatan di Miri, hari ini. Foto TVS

Miri dan Guan Ning meterai Perjanjian Bandar Raya Persahabatan

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 27 Ogos: Bandar raya Miri dan Guang Ning Country, Republik Rakyat China hari ini menandatangani Perjanjian Bandar Raya Persahabatan sejajar dengan usaha mengukuhkan lagi persahabatan dua negara, Malaysia dan China.

Majlis tersebut dihadiri Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

“Lima puluh tahun yang lalu, pada tahun 1974, Malaysia dan China secara rasmi menjalin hubungan diplomatik, satu perjanjian yang ditandatangani oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak dan bekas Presiden China Zhou Enlai,” kata Michael Tiang.

Beliau menekankan bahawa ini menandakan kepentingan hubungan Malaysia dengan China dan hubungan diplomatik ini harus dikekalkan untuk memastikan kerjasama yang berterusan.

Upacara menandatangani Bandar Raya Persahabatan itu dilakukan Setiausaha Daerah Guangning Chen Chaochang dan Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang.

Dalam perkembangan berkaitan, Adam Yii berharap Miri dan Guang Ning akan menerima manfaat lebih banyak menerusi persahabatan yang dimeterai.

“Kita bercita-cita untuk mempromosikan ekonomi yang pelbagai dan inklusif, perdagangan yang menyeluruh dan bidang lain yang menjadikan andar raya Miri sebagai model kerjasama moden,” katanya.

Menurutnya, Persatuan Guangning Miri telah bekerjasama erat untuk mempromosikan pelbagai inisiatif penting dan bermakna di Miri, termasuk projek-projek dalam bidang budaya, pendidikan, perdagangan dan pelancongan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan