Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Ghafur Shariff mengangkat sumpah sebagai Sarawak Chief Ombudsman di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Kuching pada Isnin. Foto UNIONS

Abdul Ghafur Shariff angkat sumpah sebagai Sarawak Chief Ombudsman

ByFebbright James

KUCHING, 26 Ogos: Dato Sri Abdul Ghafur Shariff mengangkat sumpah sebagai Sarawak Chief Ombudsman di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak Yang Arif Dato Dr Alwi Abd Wahab pada Isnin di Mahkamah Tinggi Kuching.

Unit Integriti dan Ombudsman Negeri Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan Majlis Angkat Sumpah tersebut disaksikan oleh Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS) selaku Chief Administrator of the Sarawak Ombudsman Wan Mohamad Wan Drahman.

Sarawak melakar sejarah sebagai negeri pertama di Malaysia yang menguatkuasakan undang-undang berkaitan sistem ombudsman apabila Dewan Undangan Negeri Sarawak meluluskan Sarawak Ombudsman Ordinance, 2023 pada 20 November tahun lalu.

Menurut kenyataan itu lagi, hal ini jelas menunjukkan komitmen jitu Kerajaan Sarawak dalam usaha memantapkan penyampaian perkhidmatan awam di samping memastikan tadbir urus baik diamalkan dan seterusnya meningkatkan tahap keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap jentera pentadbiran kerajaan.

Majlis Angkat Sumpah ini diadakan selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 7, Sarawak Ombudsman Ordinance 2023.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan