Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Nancy Shukri bercakap pada sidang media selepas menghadiri Program Kerjasama Yayasan Kebajikan Negara Malaysia dan Kecekapan Projek Konsortium di sini hari ini. Foto TVS

500 usahawan ibu tunggal, OKU di Sarawak sertai KECEKAPAN-RISE

ByAsmah Adenan

KUCHING, 27 Ogos: Seramai 500 usahawan di Sarawak dalam kalangan ibu tunggal, B40 dan Orang Kelainan Upaya (OKU) dijangka mengikuti Program KECEKAPAN-RISE (Reaching Intellect Through Social adn Education).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata program yang julung kali diadakan itu merupakan inisiatif membantu golongan berkenaan meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Menurut Nancy, program berkenaan merangkumi elemen pendidikan interaktif seperti ‘entrepreneurial game’ bersesuaian dengan keperluan kumpulan sasar.

“Program ini bertujuan membantu kumpulan sasar yang terdiri daripada Ibu Tunggal, B40 dan Orang Kelainan Upaya (OKU) dengan memberi penekanan asas keusahawanan, literasi kewangan, inovasi dan kreativiti, pemasaran dan media sosial.

“Peserta yang telah berjaya menamatkan kursus ini akan memperoleh sijil penyertaan yang diiktiraf oleh KECEKAPAN Konsortium.

“Selain itu, KECEKAPAN Konsortium juga menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada peserta serta pelaksanaan bengkel secara bersemuka untuk para peserta pada akhir program,” katanya.

Nancy yang juga merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara Malaysia (YKN) berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Tandatangan Nota Kerjasama antara Yayasan Kebajikan Negara Malaysia (YKN) dan Kecekapan Projek Konsortium, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Nancy memberitahu program 12 minggu itu ditaja oleh British Council dengan kos keseluruhan bernilai RM2 juta bagi wilayah ini akan bermula bulan depan hingga Disember depan.

“Modul bagi kursus ini dibangunkan oleh KECEKAPAN Konsortium dan dilaksanakan dalam tiga pilihan bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Isyarat,” ujarnya.

Hadir sama, Principle Investigator UK-Malaysia Kecekapan Projek, Dr Ramona Blanes, Pengurus Kanan Program, Education British Council, Tan Chen Yong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu, Azizul Anuar Adenan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan