Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jalan Sempili, Baleh yang runtuh pagi ini dipercayai akibat hujan lebat. Foto Kapit News Update (FB)

Tanah runtuh: Jalan alternatif akan dibina di Jalan Sempili, Baleh

ByPriscilla

KAPIT, 26 Ogos: Laluan alternatif akan dibina bagi menghubungkan jalan ke kawasan rumah panjang dan juga empangan Baleh susulan tanah runtuh di Jalan Sempili, Baleh pagi ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh, Nicholas Kudi Jantai berkata beliau dimaklumkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Kapit bahawa laluan alternatif akan dibina.

“JKR Bahagian Kapit telah memeriksa jalan tersebut dan telah memutuskan bahawa laluan alternatif akan dibina.

“Saya juga telah memaklumkan JKR agar semua jalan di kawasan ini yang mempunyai potensi berlakunya tanah runtuh dikenal pasti dan diselenggara dengan cepat bagi memastikan perkara sebegini tidak berlaku,” katanya ketika dihubungi TVS.

Kejadian tanah runtuh itu dipercayai akibat hujan lebat.

Beliau turut mengesahkan sebuah kereta terbabit dalam kejadian tanah runtuh itu namun mereka yang terbabit selamat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan