Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Qistina Qharisya Suffia Mohd Muzani memecahkan tiga rekod kebangsaan dalam acara angkat berat pada SUKMA Sarawak 2024. Foto TVS

Qistina bakal terima insentif tambahan RM3,000

ByBernama

IPOH, 26 Ogos: Atlet angkat berat Perak Qistina Qharisya Suffia Mohd Muzani bakal menerima insentif tambahan sebanyak RM3,000 daripada kerajaan negeri berikutan kejayaannya memecahkan tiga rekod kebangsaan kategori 45 kilogram (kg) wanita pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024.

Qistina, 19, dalam penyertaan keduanya pada temasya dwitahunan kebangsaan itu memecahkan rekod acara snatch dengan angkatan seberat 65kg, clean and jerk (79kg) seterusnya mendominasi podium dengan angkatan keseluruhan 144kg.

Pencapaian itu sekali gus memadam tiga rekod lama dicatatkan atlet negara Nurul Afiqah Zamzuri pada Sukan SEA Filipina 2019 dengan angkatan snatch 59kg, 77kg clean and jerk dan keseluruhan 136kg.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Khairudin Abu Hanipah berkata kerajaan negeri memang menyediakan insentif tambahan untuk atlet yang berjaya memecahkan rekod kebangsaan.

“Tiga-tiga itu rekod kebangsaan, jadi dia layak untuk dapat satu rekod kebangsaan RM1,000, selain daripada (insentif) pingat emas bernilai RM5,000. Insentif itu memang kita dah siap sediakan dalam SUKMA ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu, beliau turut hadir dalam Istiadat Konvokesyen Politeknik Ungku Omar ke-52 yang dirasmikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.

Sementara itu, Saarani berkata meskipun kontinjen Perak gagal berada dalam kelompok lima teratas dengan kedudukan nombor tujuh, beliau berbangga dengan pencapaian 35 pingat emas yang diraih pada temasya itu.

“Saya ingat kita masih boleh lagi memperbaiki kelemahan kita lagi dua tahun untuk di Selangor (SUKMA),” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan