Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia giat meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) warga India yang menjadi mangsa insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India. Foto Bernama

Operasi flushing lurang kira-kira 50 meter dari lokasi tanah jerlus bermula pagi ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India mula menjalankan teknik ‘flushing’ di sebuah lurang yang terletak kira-kira 50 meter dari lokasi tanah jerlus berkenaan.

Pasukan SAR itu dilihat membuka lurang berkenaan dan melakukan tinjauan sebelum kerja-kerja ‘flushing’ bermula pada 9.40 pagi.

Difahamkan air daripada lori tangki milik Indah Water Konsortium (IWK) kemudian digunakan untuk kerja-kerja ‘flushing’ bagi mengesan wanita itu yang hilang sejak Jumaat lepas.

Turut kelihatan berada di lokasi Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman.

Ketika ditemui pemberita Sulizmie Affendy berkata pihaknya akan memberikan maklumat mengenai perkembangan pencarian dari semasa ke semasa.

Insiden pada pagi Jumaat lepas menyaksikan seorang pelancong wanita yang dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter akibat tanah jerlus di Jalan Masjid India. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan