MIRI, 26 Ogos: Pihak bomba membantu menurunkan seekor kucing jantan terperangkap di atas pokok di tempat letak kereta E-Mart Tudan di sini, petang semalam.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 5.59 petang dengan menggerakkan empat anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian didapati seekor kucing jantan liar terperangkap di atas pokok berketinggian 15 meter di kawasan tempat letak kereta,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, pihak bomba bertindak menggunakan galah dan pancutan air sehingga kucing tersebut turun dengan sendirinya. – TVS