Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Operasi SAR dijalankan bagi mencari mangsa banjir kilat yang melanda wilayah kampung Rua, Ternate, Maluku Utara pagi tadi. Foto Pejabat SAR Ternate

Tujuh maut, puluhan rumah hanyut

ByTVS

JAKARTA, 25 Ogos: Banjir kilat yang melanda Kampung Rua, Ternate, Maluku Utara pada jam 3.30 pagi tadi disebabkan hujan melanda wilayah itu sejak semalam.

Hujan yang berlaku sehingga pagi tadi menyebabkan berlaku banjir dan menghanyutkan puluhan rumah.

Menurut Ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat (SAR) Ternate Fathur Rahman, ketika ini sekurang-kurangnya tujuh orang ditemui maut dan pasukan SAR masih berusaha mencari mangsa yang hilang.

“Buat masa ini, kita sedang berusaha mencari mangsa dengan pantas dengan menggerakkan sepasukan anggota dan dengan bantuan penduduk setempat,” katanya.

Menurutnya, setakat ini belum dapat dikenak pasti bilangan mangsa hilang.

Beliau berkata, lebih ramai anggota ditempatkan termasuk dengan bantuan tentera dan polis manakala jengkaut akan ditempatkan di lokasi kejadian bagi memudahkan pencarian mangsa.

Sementara itu, semua mangsa yang terselamat dipindahkan ke lokasi pemindahan sementara. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan