Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali bersama media di Kuching pada Ahad. Foto TVS

Sokong PKS menerusi khidmat perbankan

KUCHING, 25 Ogos: Affin Bank Berhad bersedia membantu memperkasa dan menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam pelbagai aspek menerusi khidmat perbankan yang ditawarkan institusi perbankan tersebut.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Berhad (Affin Bank), Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali berkata, langkah tersebut merupakan satu inisiatif institusi tersebut dalam membantu komuniti perniagaan khususnya PKS di seluruh negara.

“PKS merupakan segmen yang berisiko tinggi di pasaran dan kami dapat membantu mereka yang terlibat dalam industri PKS ini dalam pelbagai cara antaranya membantu mereka membiayai projek yang dijalankan serta pembiayaan perbelanjaan modal.

“Selain itu, kami turut dapat membantu pemain industri PKS ini menerusi khidmat kutipan hasil menerusi terminal di cawangan kami dengan menggunakan Mesin Teler Automatik (ATM) yang mengguna pakai jaringan rangkaian penangkapan data elektronik (EDC),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi perkongsian dan ramah-mesra bersama media di Kuching yang berlangsung lebih satu jam di sini pada Ahad.

Antara topik yang dikongsikan bersama media adalah berkaitan produk, perkhidmatan serta prestasi dicapai oleh Affin Bank Berhad serta hala tuju masa hadapan institusi perbankan tersebut.

Wan Razly optimis Affin Bank Berhad kian mengorak langkah ke arah menjadi pemain utama industri perbankan dan salah satu segmen yang mengukuhkan jenamanya adalah perkhidmatan perbankan borong.

Hasil daripada prestasi cemerlang yang dicatatkan, Affin Bank Berhad memenangi Anugerah Bank Pengurusan Tunai Domestik Malaysia 2024 melalui platform perbankan Internet korporat AFFINMAX pada Julai lalu di Singapura.

Wan Razly juga yakin 5,500 warga Affin Bank Berhad seluruh negara akan terus menggembleng tenaga, usaha serta kepakaran untuk meneruskan legasi kecemerlangan institusi perbankan tersebut.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Media Group (SMG), Khusairi Abang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan