Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain Import Kelab Bola Sepak Kuching City FC, Luiz Fernando Welter bersama-sama pasangannya merasai pengalaman berkahwin mengikut budaya Melayu di Taman Havilah di Serian pada Ahad. Foto TVS

Pemain import Kuching City rasai pengalaman perkahwinan Melayu moden

SERIAN, 25 Ogos: Pemain Import Kelab Bola Sepak Kuching City FC, Luiz Fernando Welter bersama-sama pasangannya Maria Clara Barbosa merasai sendiri suasana perkahwinan berkonsepkan budaya Melayu moden.

Majlis perkahwinan Melayu moden yang dipilih itu berlangsung di perkarangan yang berlatarbelakangkan landskap hijau semula jadi.

Ciri-ciri tradisional jelas kelihatan pada setiap elemen yang diketengahkan termasuk pemilihan pelamin menggunakan fabrik kain putih lembut yang menyerikan ruangan.

Busana pengantin yang digunakan juga mengetengahkan sentuhan songket Melayu Sarawak.

Untuk rekod, Pemain Import Kelab Bola Sepak Kuching City FC, Luiz Fernando Welter akan melangsungkan perkahwinan di Kuala Lumpur bertempat di Brazilian Embassy pada Rabu depan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan