Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jepun pada Sabtu memperingati tempoh satu tahun ia mula melepaskan air dirawat yang mengandungi tritium ke laut daripada Loji Tenaga Nuklear No. 1 Fukushima milik Tokyo Electric Power Company Holdings Inc. Foto Envato

Jepun peringati satu tahun pelepasan air loji nuklear Fukushima

ByBernama

TOKYO, 25 Ogos: Jepun pada Sabtu memperingati tempoh satu tahun ia mula melepaskan air dirawat yang mengandungi tritium ke laut daripada Loji Tenaga Nuklear No. 1 Fukushima milik Tokyo Electric Power Company Holdings Inc., dengan negara itu masih menghadapi perjalanan panjang untuk menyelesaikan projek pelepasan itu.

Jiji Press melaporkan bahawa walaupun sejumlah sekitar 60,000 tan air dirawat telah dilepaskan daripada loji di timur laut Jepun yang musnah akibat gempa bumi dan tsunami pada Mac 2011, setakat ini tiada isu mengenai tahap tritium yang dilaporkan di perairan berhampiran.

Dengan sekitar 1.31 juta tan air dirawat masih disimpan di loji tenaga di Wilayah Fukushima, proses pelepasan air dijangka mengambil masa kira-kira 30 tahun untuk diselesaikan.

Sebelum dilepaskan, air dirawat atau air sisa yang telah dibuang bahan radioaktif selain tritium, dicairkan dengan air laut supaya kepekatan tritium berada di bawah had keselamatan 1,500 becquerel seliter. Negara itu kini sedang melepaskan kumpulan kelapan air dirawatnya.

Sebagai tindak balas kepada tindakan Jepun memulakan pelepasan air itu pada 24 Ogos 2023, China telah mengenakan larangan menyeluruh ke atas import produk perikanan Jepun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan