Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan persembahan bunga api pada Majlis Penutup Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 di pekarangan Stadium Sarawak malam tadi. Foto Bernama

Hubungan baik Persekutuan, Sarawak kunci pemulihan ekonomi negara – Anwar

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 25 Ogos: Hubungan baik di antara Kerajaan Persektuan, Kerajaan Sarawak menerusi kerjasama penjawat awam memangkin kegiatan pemulihan ekonomi negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita menghadapi kekangan seperti hutang yang besar dan ringgit yang menurun. Namun saya bersyukur dengan kekuatan, semangat dan kerjasama dari Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri kita dapat menyaksikan bagaimana jumlah keyakinan pelaburan yang berlaku di negara yang kian meningkat,” kata beliau.

Beliau berkata demikianketika berucap pada Majlis Penutupan SUKMA XXI Sarawak di Stadium Perpaduan di sini, pada Sabtu.

Menurutnya, Amazon Web Service (AWS) meletakkan pelaburan tinggi sebanyak RM29.2 bilion dalam pusat industri dan pelaburan seperti Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang dan Sarawak muncul sebagai gergasi ekonomi baharu.

Dalam pada itu, beliau turut memuji prestasi cemerlang dan luar biasa dipamerkan semua atlet yang bertanding dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Turut hadir Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan