Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ibrahim Baki bergambar bersama peserta Merdeka Walk. Foto TVS

Hargai titisan darah pejuang terdahulu

KUCHING, 25 Ogos: Setiap lapisan masyarakat di negara ini harus menghargai dan menghayati nilai kemerdekaan yang dinikmati masa kini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok Dato Ibrahim Baki berkata, kemerdekaan yang dinikmati kini adalah hasil pergorbanan generasi terdahulu yang mahu membebaskan negara daripada cengkaman penjajah.

“Dengan mengibarkan Jalur Gemilang, ia tanda kita bersyukur dengan nikmat kemerdekaan yang di peroleh ketika ini kerana ia bukan datang dengan mudah.

“Malah ada pejuang kemerdekaan ini sangup menumpahkan darah mereka demi sebuah kemerdekaan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan program Merdeka Walk semperna hari kemerdekaan Peringkat DUN Satok pada Ahad.

Menurut Ibrahim, walaupun tarikh 31 Ogos diangkat sebagai Hari Kebangsaan selari dengan hari kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu namum intipati semangat tersebut merupakan sesuatu perkara yang harus dihayati dan dihargai bersama.

Katanya, dalam konteks Sarawak, semangat kemerdekaan itu bermula apabila timbul hasrat pemerintah negeri ini ketika era Brooke yang ingin menyerahkan Sarawak kepada British sehingga mewujudkan gerakan Rukun 13 yang membawa kepada insiden Pembunuhan Gabenor Sarawak ketika itu di Sibu

Walaupun menyedari kesan daripada tindakan tersebut, empat ahli Rukun 13 iaitu Rosli Dhoby, Morshidi Sidek Awang Rambli Matserudin dan Bujang Suntong nekad melakukannya demi membebaskan Sarawak daripada cengkaman penjajah.

“Sebenarnya mereka ini adalah perwira kita, mereka adalah nasionalis kita yang menuntut kemerdekaan sehingga mengorbankan diri mereka.

“Mereka tahu apabila melakukannya (pembunuhan Gabenor Duncan Stewart) sudah pasti akan dihukum. ltulah perjuangan nenek moyang kita dulu,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan