Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Luar Brazil Mauro Vieira di Kompleks Seri Perdana, di sini. Foto Bernama

Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Brazil

ByBernama

PUTRAJAYA, 25 Ogos: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Luar Brazil Mauro Vieira di Kompleks Seri Perdana, di sini.

Vieira tiba di Seri Perdana pada 11 pagi.

Beliau tiba di Malaysia semalam bagi mengadakan lawatan rasmi dua hari, yang juga merupakan lawatan pertama beliau ke negara ini sebagai Menteri Luar, sejak menyandang jawatan itu pada 1 Jan tahun lepas.

Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri Liew Chin Tong.

Brazil merupakan rakan dagangan kedua terbesar Malaysia di rantau Amerika Latin.

Pada 2023, Malaysia dan Brazil mencatatkan jumlah dagangan sebanyak RM17.46 bilion, iaitu peningkatan sebanyak empat peratus berbanding RM16.86 bilion yang dicatatkan pada 2022. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan