Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wilson Nyaggi ketika menghadiri upacara pengebumian jasad mendiang anaknya Vilkei Wilson di Tanah Perkuburan Kristian Kampung Selampit. Foto TVS

Tragedi perahu karam di Lundu, hasrat Vilkie beli peralatan sukan tidak kesampaian

LUNDU, 24 Ogos: ‘Saya mahu ikut bapa, pasang bubu udang’. Itu antara perbualan terakhir mendiang Vilkie Wilson yang ditemukan lemas selepas perahu yang dinaikinya bersama 15 penumpang lain karam dalam kejadian di Batang Kayan, pada Selasa lalu.

Mencerita detik itu, bapanya, Wilson Nyaggi, 49, sebak mengenangkan kejadian yang berlaku tidak lama selepas dia menghantar anak lelakinya di jeti sungai berkenaan.

Meskipun anaknya seorang pendiam, namun pada malam sebelum kejadian anak bongsu daripada empat beradik itu menunjukkan kelakuan aneh kerana hanya mendiamkan diri sepanjang hari.

“Dia memang pendiam orangnya, tetapi tidaklah langsung tidak bercakap dengan orang lain termasuk ibu dan adik-beradik, hanya bercakap dengan saya pada pagi itu.

“Katanya mahu mengikut saya memasang perangkap udang, “ ujarnya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Kristian di Kampung Selampit, pada Jumaat.

Apa yang lebih memilukan, Wilson mendapat tahu anaknya sedang mengumpul duit yang diperoleh dari hasil membantunya menangkap hasil laut untuk membeli peralatan sukan.

Kata Wilson, namun hasratnya tidak kesampaian apabila lemas dalam insiden malang itu.

“Mendiang merancang untuk membeli baju, seluar, kasut, raket dan lain-lain untuk sukan badminton.

“Saya baru mengetahui mendiang mengumpul wang itu selepas mendengar cerita daripada emaknya, wang itu dikumpulkan hasil daripada dia membantu saya mencari hasil sungai dan hasil pertanian,” katanya.

Dalam kejadian Selasa lalu, perahu tambang yang dinaiki Vilkie bersama Alasma Jithil, 14, Helena Fasha Petrus, 16, karam ketika dalam perjalanan menyeberangi Batang Kayan.

Kesemua ditemukan lemas pada Khamis selepas dilaporkan hilang dalam kejadian malang itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan