Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Melalui SUKMA, Sarawak telah banyak melahirkan atlit-atlit bagi mewakili Malaysia sama ada Sukan Sea, Sukan Asia, Sukan Komanwel atau Sukan Olimpik. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)

Sarawak intai gelaran juara SUKMA selama 30 tahun

ByAsmah Adenan

KUCHING, 24 Ogos: Penantian 30 tahun Sarawak untuk bergelar juara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 berakhir pada edisi kali ini.

Kejayaan itu menyaksikan tuan rumah merangkul 76 pingat emas, 55 pingat perak dan 70 pingat gangsa dalam sukan dwitahunan itu.

Terpaksa akur menduduki tangga kedua carta, Wilayah Persekutuan mengekori rapat dengan 75 pingat emas, 65 pingat perak dan 72 pingat gangsa.

Seterusnya, Selangor kekal pada posisi ketiga dengan mengumpul 56 pingat emas, 64 pingat perak dan 61 pingat gangsa.

Untuk rekod, Sarawak juga mencatat rekod sebagai pasukan pertama yang mencatat hatrik dengan menjadi juara tiga kali berturut-turut iaitu pada tahun 1990, 1992 dan 1994.

Selain itu, Sarawak juga enam kali berturut-turut menjadi naib juara SUKMA.

SUKMA menjadi landasan Sarawak melahirkan ramai atlet yang berjaya memahat nama mewakili Malaysia sama ada Sukan Sea, Sukan Asia, Sukan Komanwel atau Sukan Olimpik.

Antara atlet yang dilahirkan daripada SUKMA adalah bekas Raja Pecut Sarawak yang digelar “The Flying Dayak” iaitu Watson Nyambek dan ‘Ratu Terjun Negara’ Dato Pandalela Rinong.

Majlis penutupan temasya yang penuh gilang-gemilang pada malam ini disempurnakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Anwar Ibrahim di Stadium Perpaduan di sini.

Hadir sama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Hannah Yeoh, dan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah serta barisan kabinet lain.

SUKMA 2024 menyaksikan 37 jenis sukan dipertandingkan membabitkan 488 acara terdiri daripada 236 acara lelaki, 217 acara wanita dan 35 lagi acara campuran lelaki dan wanita, selain menghimpunkan lebih 12,000 atlet dan pegawai.

SUKMA yang diperkenalkan pada 1986 telah dianjurkan di Sarawak sebanyak dua kali iaitu pada 1990 dan 2016. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan