Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia tidak menolak kemungkinan mahu hantar atlet wanita tinju pada Sukan SEA 2025. Foto Jazni Hanif (TVS)

Malaysia mahu hantar atlet wanita tinju pada Sukan SEA 2025

ByMuqri Aziz

SRI AMAN, 24 Ogos: Malaysia tidak menolak kemungkinan mahu menghantar atlet wanita bagi bertanding acara sukan tinju pada Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) yang akan diadakan di Thailand hujung tahun hadapan.

Presiden Persekutuan Tinju Malaysia (PTM), Datuk Mohamad Iruan Zulkefli berkata, pihaknya akan membuat penilaian untuk memilih atlet yang berpotensi serta berbakat besar daripada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 untuk mewakili negara.

Oleh itu, beliau berkata, PTM telah menganjurkan beberapa kejohanan tinju yang menawarkan kategori wanita sejak tahun lepas.

“Kalau boleh untuk Sukan SEA di Bangkok, Thailand kelak akan ada penyertaan atlet wanita yang bertanding bagi mewakili Malaysia,” katanya pada sidang media sebelum perlawanan akhir di Stadium Tertutup, Kompleks Sri Aman di sini, malam tadi.

Sehubungan itu, Iruan berkata, SUKMA merupakan platform baik bagi setiap persatuan-persatuan tinju di negara ini untuk menghantar atlet wanita mereka pada kejohanan berkenaan.

Bukan itu sahaja, beliau bertegas mahu mengekalkan kategori wanita pada temasya SUKMA akan datang.

“Kita tidak boleh berpatah balik dan cuma kita mengharapkan kerja kuat daripada setiap persatuan tinju terutamanya dalam pembangunan bakat baharu.

“Edisi kali ini, kita hanya mampu menganjurkan tiga kategori sahaja berikutan tidak cukup penyertaan dan kita harapkan pada 2026 di Selangor kelak, sekurang-kurangnya 10 kategori wanita dapat dipertandingkan,” katanya lagi.

Beliau juga memuji atlet-atlet wanita terutamanya atlet dari Sarawak yang dilihat mempunyai potensi besar mewakili negara berikutan corak permainannya yang amat baik.

Kali terakhir Malaysia menghantar atlet wanita pada temasya Sukan SEA adalah pada temasya Sukan SEA 2011 di Jakarta dan Palembang, Indonesia dan berjaya membawa pulang satu pingat gangsa bagi kategori 48kg menerusi Ai Jim. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan