Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita di Sibu kerugian RM500,000 dalam satu kes penipuan e-dagang. Foto hiasan Envato

Barang tak sampai, RM500,000 lesap

KUCHING, 24 Ogos: Seorang wanita di Sibu kerugian RM500,000 dalam satu kes penipuan e-dagang.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata pesara berumur 50-an itu terpedaya dengan penipuan penjualan produk kesihatan menerusi iklan Facebook milik Ti Zhi Guan Li.

“Pada Disember 2023 bertempat di Sibu, mangsa telah berminat dengan iklan penjualan produk kesihatan tradisional China.

“Kemudian mangsa telah menghubungi Ti Zhi Guan Li menerusi aplikasi WhatsApp bagi urusan jual beli produk kesihatan tersebut,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pada mulanya, urusan jual beli berjalan lancar sehingga saspek menawarkan mangsa untuk menjadi pembekal produk kesihatan di Sibu agar mangsa boleh mendapatkan harga yang lebih murah.

Laporan polis dibuat mangsa pada 23 Ogos 2024.

Mancha berkata lagi, mangsa yang berminat bersetuju tanpa sebarang perjanjian.

Suspek menjelaskan mangsa perlu membuat pembayaran kos modal dan pengangkutan untuk membawa masuk produk kesihatan dari China ke Malaysia.

Suspek kemudian mengatakan produk kesihatan tersebut telah ditahan oleh pihak kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan meminta mangsa membuat pembayaran bagi pelepasan produk tersebut ke Sibu.

“Pada pertengahan Disember 2023 hingga penghujung Julai 2024 mangsa telah membuat 45 transaksi wang secara berperingkat ke enam akaun
bank yang berbeza berjumlah lebih kurang RM500,000.

“Mangsa menyedari dirinya telah ditipu setelah semua pembayaran dilakukan namun mangsa masih diminta untuk membuat pembayaran lain,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan