Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lokasi kemalangan terletak di Anbu Khaireni dalam daerah Tanahun, kira-kira 110 km dari Kathmandu. Foto AFP

Angka kematian nahas bas di Nepal meningkat kepada 27 orang

ByBernama

NEW DELHI, 24 Ogos: Angka korban dalam nahas bas di Nepal meningkat kepada 27 orang manakala 16 penumpang yang cedera sedang menerima rawatan di hospital.

Kedutaan India dalam satu kenyataan memaklumkan bas itu dalam perjalanan dari Pokhara di Nepal menuju ke ibu negara Kathmandu dengan membawa 43 pelancong India sebelum terjatuh 150 meter ke dalam sungai Marsyangdi pada Jumaat.

Lokasi kemalangan terletak di Anbu Khaireni dalam daerah Tanahun, kira-kira 110 km dari Kathmandu.

Menurut laporan media tempatan Nepal yang memetik kenyataan polis, seramai 27 penumpang disahkan meninggal dunia.

Bulan lepas, kira-kira 60 orang terbunuh apabila bas dinaiki mereka dihanyutkan ke sungai susulan tanah runtuh di Nepal. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan