MIRI, 23 Ogos: Pemenang pingat emas Sarawak bagi kategori Putri Kelas B, Ummi Mashitah Hassan, dilamar Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) bagi pemilihan pasukan kebangsaan.
Khabar gembira buat gadis berusia 21 tahun itu diterima dengan mengisi borang penyertaan PESAKA itu sejurus tamat perlawanan di gelanggang Arena 1, bagi kejohanan pencak silat SUKMA 2024.
Untuk rekod, ini merupakan kali pertama dan terakhir Ummi menyertai SUKMA.
Terdahulu, Ummi pernah meraih pingat perak dalam kategori yang sama menerusi Piala Legenda Jebat di Kuala Lumpur pada 2023. –Â TVS