Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gideon Riquelme Jonathan bangga dapat menyumbang pingat emas untuk kontinjen Sarawak. Foto Jazni Hanif (TVS)

SUKMA: Dulu pemalu, kini bangga genggam pingat emas pertama buat dirinya

ByMuqri Aziz

SRI AMAN, 23 Ogos: Pada mulanya malu untuk menyertai kelas tinju, namun siapa sangka tindakan berani membuang sifat pemalunya dengan menyertai kelas tinju membolehkan Gideon Riquelme Jonathan berjaya merangkul pingat emas sulung untuk dirinya dalam acara tinju kategori 75kg pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024.

Berkongsi cerita, Gideon berkata timbul minatnya mahu menjadi seorang petinju ketika berumur 10 tahun.

“Idola saya ialah Mike Tyson. Ketika menginjak di sekolah menengah, saya cuba untuk menyertai kelas tinju tetapi saya malu untuk bertanya.

“Sebaik sahaja saya menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya terus menyertai kelas tinju di Knight Performance Training Centre di Kuching dan memberitahu jurulatih di situ bahawa saya ingin bersaing untuk bertinju,” katanya kepada TVS.

Sejak daripada itu, dia berlatih dengan bersungguh-sungguh sehingga ditawarkan menyertai kontinjen Sarawak untuk SUKMA 2024.

Sehubungan itu, dia meluahkan rasa gembira kerana berjaya merangkul pingat emas buat Sarawak dan segala latihan yang ditempuhinya dalam tempoh dua tahun ini membuahkan hasil walaupun ada ketikanya rasa berputus asa.

Gideon kini 21 tahun dan tidak lagi layak untuk bertanding pada SUKMA edisi hadapan.

Ditanya apakah perancangannya selepas ini, dia berkata dia mahu menjadi seorang pegawai polis.

“Perancangan selepas ini mungkin mahu menjadi seorang petinju profesional. Jika tidak, saya akan mengikut jejak langkah datuk saya untuk menjadi seorang pegawai polis,” katanya lagi.

Gideon mendedikasikan kemenangannya kepada semua pihak terutamanya penyokong-penyokong Sarawak kerana sokongan mereka membakar semangatnya untuk menumpaskan lawannya di sepanjang aksinya di SUKMA.

Dia berjaya menumpaskan Muhammad Haziq Aiman Azmi dari Johor pada saingan suku akhir dan Muhammad Hafizyudin Nordin dari Kelantan pada saingan separuh akhir. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan