Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Ajmal Shauqi (kiri) dan Amir Abu Bakar ditemui media di Pusat Media Stadium Muhibbah, Bintulu pada Khamis. Foto Steward Dawi (TVS)

SUKMA: Abang Ajmal Shauqi pemain sepak takraw Sarawak diintai PSM

BySteward Dawi

BINTULU, 23 Ogos: Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) mengintai pemain sepak takraw lelaki Sarawak, Abang Ajmal Shauqi, untuk diserap menjadi pemain kebangsaan selepas melihat ketangkasan dan kelincahannya bermain di dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Presiden Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) merangkap Setiausaha Agung Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) Dato Abdul Halim Kader berkata, Ajmal mempunyai potensi yang besar untuk dibawa bermain ke peringkat yang lebih tinggi.

“Kita berharap mudah-mudahan suatu hari nanti dia dapat bermain bersama pemain pasukan belia Malaysia,” katanya ketika menyantuni pasukan sepak takraw Sarawak di Stadium Muhibbah, Bintulu pada Khamis.

Sementara itu, Abang Ajmal Shauqi yang merupakan killer sepak takraw lelaki Sarawak berkata, tawaran itu membuatkan dirinya lebih bersemangat untuk meneruskan karier di dalam bidang sukan sepak takraw.

“Cita-cita saya memang untuk menjadi salah seorang pemain kebangsaan suatu hari nanti.

“Saya juga akan terus bermain bagi membantu meningkatkan lagi pencapaian pasukan sepak takraw Sarawak pada masa akan datang,” katanya yang kali kedua bermain di dalam SUKMA selepas mewakili Sarawak di dalam SUKMA 2022 di Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan lain, jurulatih sepak takraw Sarawak, Amir Abu Bakar mengulas mengenai pemain sepak takraw Sarawak terpilih mewakili Malaysia berentap di Kejohanan Sepak Takraw Pantai Asia di Qingdao, China pada 18 hingga 24 September 2024 ini menjelaskan, pengumuman itu merupakan satu penghargaan dan pengalaman baru untuk pemain Sarawak.

“Saya sendiri mempunyai pengalaman mengendalikan sukan sepak takraw di gelanggang pantai sebelum ini.

“Kalau Sarawak terpilih, kita terpaksa mencari gelanggang pantai untuk mereka berlatih sekali gus mempersiapkan diri sebelum berentap di China,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan