KOTA SAMARAHAN, 23 Ogos: Pasukan Selangor berjaya merangkul gelaran juara acara futsal Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.
Beraksi di Stadium Tertutup Samarahan hari ini, pasukan helang menyambar pingat emas yang diperhitungkan bersama tuan rumah 2-0 sebentar tadi.
Kegiatan di padang menyaksikan gol pertama Selangor dijaringkan Danish Faiz Hashim pada minit pertama separuh masa pertama manakala gol kedua hasil sepakan Ahmed Haziq Haikal pada empat minit terakhir separuh masa kedua.
Meskipun akur di tempat kedua, Sarawak diakui menamatkan permainan dengan prestasi cemerlang dan membanggakan penyokongnya.
Sejurus tamat permainan, stadium dimeriahkan penyokong tuan rumah dengan menyanyikan lagu Ibu Pertiwiku dan turut mendapat tepukan yang gemuruh daripada penyokong Selangor.
Turut hadir Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Abu Bakar Marzuki dan Timbalan Menteri Infrasturktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Aidel Lariwoo. – TVS