Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Silambam Sarawak mempamerkan aksi dalam acara berkumpulan pada temasya SUKMA Sarawak di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC) Kuching. Foto TVS

Silambam: Sarawak raih dua perak, satu gangsa

ByTVS

KUCHING, 23 Ogos: Skuad silambam Sarawak membutirkan dua pingat perak dan satu gangsa dalam acara yang berlangsung di Hikmah Exchange Event Centre (HEEC) hari ini.

Pingat itu dijelmakan Hani Quraatu’ain Samsudin, Nur Aleesya Zahierah Sali dan Asyraff Aqil Mohamad Zainnurin Azman menerusi acara Poruthal Lelaki dan Wanita bagi tiga kategori berbeza.

Meskipun pertama kali dipertandingkan, namun Sarawak dilihat mampu memberikan saingan dalam acara berkenaan.

Atlet Silambam Sarawak, Hani Qurratu’ain Samsudin tidak menjangkakan dapat menamatkan saingan di tahap yang terbaik sekali gus menyumbang pingat kepada Sarawak.

“Bila saya dapat pingat (perak), sangat gembira kerana tidak jangka saya dapat hadiahkan pingat untuk Sarawak.

“Walaupun menamatkan saingan dengan pingat perak, saya tetap bersyukur dan akan melakukan yang terbaik mendapat emas kelak,” katanya.

Bagi Nur Aleesya Zahierah Sali walaupun Silambam merupakan seni tradisi masyarakat India, namun atas dasar minat, tegasnya, sukan tidak kenal bangsa.

“Walaupun ia merupakan seni bela diri masyarakat india, tetapi saya tetap menyertainya kerana saya minat dengan sukan tempur,” katanya.

Senada dengannya rakan sepasukan Asyraff Aqil Mohamad Zainnurin Azman menyifatkan penganjuran SUKMA Sarawak dengan tema Semangat Perpaduan Membara amat tepat dengan sukan yang disertai masyarakat berbilang kaum. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan