Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan sepak takraw Sabah melakar kejayaan cemerlang di dalam SUKMA 2024 di Sarawak. Foto Steward Dawi (TVS)

Sepak takraw: Sabah sapu bersih empat pingat emas kategori wanita

BySteward Dawi

BINTULU, 23 Ogos: Kem sepak takraw wanita Sabah beraksi cemerlang dengan kejayaan memungut pingat keempat dalam semua kategori yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Menurut Presiden Persatuan Sepak Takraw Sabah, Rosle Ibrahim, negeri di bawah bayu itu berjaya mempertahankan pingat pada edisi lalu.

“Hari ini hari terakhir SUKMA untuk acara sepak takraw, dan pasukan Sabah berjaya membawa balik empat pingat emas untuk semua kategori wanita,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Pemberian Pingat kepada semua pemenang kategori regu lelaki dan wanita di Stadium Muhibbah, Bintulu hari ini.

Dalam pada itu Rosle mengakui kejayaan pasukan sepak takraw lelaki Sabah kategori double meraih emas adalah satu kejutan.

“Ini juga antara kejayaan yang pada kami cukup membanggakan.

“Jika dibandingkan sebelum ini skuad lelaki Sabah hanya berjaya mara ke peringkat suku akhir,” jelasnya.

Rosle turut berterima kasih kepada semua pemain, jurulatih dan pengurusan sepak takraw negeri Sabah kerana telah memberikan kerjasama dan semangat berpasukan yang tinggi sepanjang menyertai SUKMA di Sarawak.

Dia turut memberitahu pemenang pingat akan menerima insentif daripada persatuan dan juga Kerajaan Sabah.

Untuk rekod, pasukan wanita Sabah berjaya merangkul pingat emas dalam kategori berpasukan, quadrant, double dan regu dalam SUKMA tahun ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan